Sunday 6 January 2013

2013

Permulaan tahun baru saya berlalu dengan tenang... Sungguh saya x sangka rupanya saya mempunyai masalah kebimbangan yang melampau... Semuanya kerana ujian stress yang saya lakukan... Dari situ barulah terbongkar yang saya punya masalah... Semuanya berpunca dari pengalaman lalu yang saya pendam dan simpan tanpa luahkan pada orang lain.. Saya juga terlalu memikirkan sesuatu perkara itu dengan sangat detail.. Masalah saya juga terletak pada perasaan berdendam yang melampau... Saya sangat-sangat mengingati perkara2 yang xsepatutnya di ingati... Setiap kesalahan yang dilakukan pada saya, akan saya ingati selama-lamanya... Memaafkan sangat susah melupakan tidak sesekali...

Kini saya telah dirujuk pada pakar... Baru sesi pertama... Sesi kedua dalam ujung bulan 2... Itupun saya minta untuk tidak dihantar pada pakar kaunseling... Saya belum mampu untuk bercerita dengan orang asing lain.. Alhamdulillah... Saya cuba menjalani hidup saya dengan fikiran positif dan percaya pada Allah... Bukan saya tidak percaya pada Allah sebelum ini cuma saya terlalu memikirkan perkara yang tidak sepatutnya sedangkan saya tahu setiap manusia itu dijadikan tidak sempurna... Saya akan cuba mengrangkan expectation saya pada semua perkara dan semua manusia yang saya jumpa...

Biar apa pun yang berlaku saya akan jadi diri saya... Biar apa yang berlaku saya akan mengikut kemampuan saya sahaja... Saya tidak akan meletakkan diri saya pada masalah-masalah yang remeh temeh... Saya punya tanggungjawab terhadap anak saya dan juga keluarga saya... Saya juga punya tanggungjawab terhadap diri saya...

Adakah ini azam saya?? mungkin... Namun saya mahu menjadi lebih baik dari sebelum ini... Saya mahu kembali sihat...

Thursday 21 June 2012

Pasangan = Kawan Baik???

Pasangan anda kawan baik anda?? Betul ke?? Sekiranya anda ada masalah, dengan siapakah sepatutnya anda berkongsi?? Adakah dengan pasangan anda, atau dengan kawan baik anda yang lain??
Pada saya pasangan saya adalah kawan baik saya juga kawan saya bergaduh. Kepada dialah saya bercerita, meluahkan perasaan, berkongsi masalah dan meraikan kegembiraan. Namun kenapa tiba-tiba dia mengatakan saya ini bebanan pada dia?? Kenapa?? Salahkah sekiranya saya ingin berkongsi masalah bersama dia? Sekiranya tidak pada dia, dengan siapakah harus saya berkongsi masalah saya?
Adakah ini punca-punca kecurangan berlaku?? Pasangan tidak mahu menjadi pendengar setia, maka orang luar mengambil alih tempat?? Tidak. Ini bukan alasan. Walaupun pasangan saya tidak mampu menjadi kawan baik saya, saya masih ada blog untuk meluahkan rasa hati saya. Biarlah saya menjadikan blog ini sebagai kawan baik saya. Tempat saya berkongsi suka dan duka.

Wednesday 20 June 2012

Perangai manusia

Jujur aku cakap, aku tidak pernah menyangka masih wujud manusia seperti dia. Seorang yang berstatus tetapi berperangai seperti orang biasa-biasa. Tidak menghormati majlis. Bercakap tetapi tidak ada isi. Mempunyai sifat yang sangat pelik, dengan pakaian yang sangat selekeh. Mungkin pada dia, dia adalah seorang yang rendah diri. Tapi pada aku dia seorang yang tidak menghormati orang lain. Tidak berminat untuk bekerja tetapi tidak mahu meninggalkan jawatan yang dipegang. Padahal secara jujurnya dia mengakui sudah tidak berminat bekerja. Kenapa perlu kekal disitu kalau tidak menyumbangkan apa-apa. Bersikap seolah-olah dia tahu semuanya. Langsung tidak peduli perasaan orang lain. Sedarlah kita di muka bumi ini bukan seorang.

*Pesanan untuk diri sendiri juga.

Monday 18 June 2012

Rasa cinta

Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan rasa cinta ini di hatiku... Terima kasih kerana menghadirkan seorang insan yang begitu sabar dan menyokong dalam hidupku...
Terima kasih ya Allah kerana dia, kau kurniakan pula cahaya mata untukku...
Terima kasih ya Allah walaupun aku miskin harta namun kau kayakan hidupku dengan kasih sayang...
Terima kasih ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur di atas pemberianmu ini...

Arahan Di ingkari

hahahaha.... Bagaimana agaknya rasa hati apabila arahan yang diberi tidak di endahkan??? sakit hati?? marah??? hahahaha... Kesian sungguh...

Kau siapa??? Besar sangat ke jawatan kau tu sampai semua arahan kau perlu di akuri??? Kau lupa ya, yang kau tu cuma penolong jer... Atas kau masih ada lagi yang lebih besar dan gagah.. Hahaha... Kalau arahan tu logik tidak mengapa juga, Ini bagi arahan macam melepaskan batuk di tangga.. Saja hendak menganiaya orang lain.. Minta maaf lah saja... Ketua yang lebih besar lebih kami fahami.. Sudah terang lagi bersuluh, dia tidak akan menyuruh kami membuat kerja asal boleh sahaja.. Beliau mesti mahu sesuatu yang kami lakukan itu memberi makna dan input kepada semua..

Sesungguhnya beliau lebih bertolak ansur dan logik berbanding kau yang cuma tahu mengampu sahaja.. Mentang-mentanglah bos tidak terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja pemunggahan, kau pun turut buat tak tahu sahaja.. Ada ubi ada batas... Kerja sendiri malas nak buat... Salah orang nampak sahaja..

Semoga kau ditukarkan ke tempat lain... @ pun semoga kami akan mendapat ketua tambahan yang lagi bagus dan tidak berat sebelah...

Sunday 17 June 2012

Status?? Pentingke??

Bengang giler dengan orang yang ada jawatan... Kenapa?? Sebab ada sesetengahnya hanya tahu berlagak.. Ego dan Perasan bagus.. Tapi bab kerja hancur.. Langsung tidak boleh untuk bertolak ansur.. Kerjanya nak memerintah saja..

"Kau kena buat macam nie.."
"Carilah sendiri macam mana nak buat"
"Tidak boleh, ganggu masa saya"

Dahlah kerja dia orang lain yang buat.. Jawatan pun bukannya tinggi sangat cuma penolong pegawai jer tapi lagak macamlah dia tu Pegawai besar.. Hello... ko ingat dengan jawatan ko tu ko boleh nak arah orang sesuke hati ke?? tolonglah.. kalo setakat bagi arahan sesuke hati sume orang boleh buat.. Kalau salah orang tu nampak jer.. Salah sendiri buat-buat xnampak.. Fikir-fikir lah sikit, jawatan ko tu x seberapa pun.. Jangan nak sesuke hati bagi arahan dan buat orang lain macam kuli batak kau... Kau tu diploma jer pun.. Bukannya Ijazah or PHD...

Ingat sikit ye... kalau kerja setakat keluarkan surat xpayah nak berlagak bagus... boleh jalanlah..