hahahaha.... Bagaimana agaknya rasa hati apabila arahan yang diberi tidak di endahkan??? sakit hati?? marah??? hahahaha... Kesian sungguh...
Kau siapa??? Besar sangat ke jawatan kau tu sampai semua arahan kau perlu di akuri??? Kau lupa ya, yang kau tu cuma penolong jer... Atas kau masih ada lagi yang lebih besar dan gagah.. Hahaha... Kalau arahan tu logik tidak mengapa juga, Ini bagi arahan macam melepaskan batuk di tangga.. Saja hendak menganiaya orang lain.. Minta maaf lah saja... Ketua yang lebih besar lebih kami fahami.. Sudah terang lagi bersuluh, dia tidak akan menyuruh kami membuat kerja asal boleh sahaja.. Beliau mesti mahu sesuatu yang kami lakukan itu memberi makna dan input kepada semua..
Sesungguhnya beliau lebih bertolak ansur dan logik berbanding kau yang cuma tahu mengampu sahaja.. Mentang-mentanglah bos tidak terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja pemunggahan, kau pun turut buat tak tahu sahaja.. Ada ubi ada batas... Kerja sendiri malas nak buat... Salah orang nampak sahaja..
Semoga kau ditukarkan ke tempat lain... @ pun semoga kami akan mendapat ketua tambahan yang lagi bagus dan tidak berat sebelah...
No comments:
Post a Comment
Luahlah apa yang korang nak luah.. Sutera tidak kisah asalkan jangan menyinggung, memaki, mencarut dan ekstrim sangat.. Hormatilah orang lain barulah anda akan dihormati..