Jujur aku cakap, aku tidak pernah menyangka masih wujud manusia seperti dia. Seorang yang berstatus tetapi berperangai seperti orang biasa-biasa. Tidak menghormati majlis. Bercakap tetapi tidak ada isi. Mempunyai sifat yang sangat pelik, dengan pakaian yang sangat selekeh. Mungkin pada dia, dia adalah seorang yang rendah diri. Tapi pada aku dia seorang yang tidak menghormati orang lain. Tidak berminat untuk bekerja tetapi tidak mahu meninggalkan jawatan yang dipegang. Padahal secara jujurnya dia mengakui sudah tidak berminat bekerja. Kenapa perlu kekal disitu kalau tidak menyumbangkan apa-apa. Bersikap seolah-olah dia tahu semuanya. Langsung tidak peduli perasaan orang lain. Sedarlah kita di muka bumi ini bukan seorang.
*Pesanan untuk diri sendiri juga.
No comments:
Post a Comment
Luahlah apa yang korang nak luah.. Sutera tidak kisah asalkan jangan menyinggung, memaki, mencarut dan ekstrim sangat.. Hormatilah orang lain barulah anda akan dihormati..