Pasangan anda kawan baik anda?? Betul ke?? Sekiranya anda ada masalah, dengan siapakah sepatutnya anda berkongsi?? Adakah dengan pasangan anda, atau dengan kawan baik anda yang lain??
Pada saya pasangan saya adalah kawan baik saya juga kawan saya bergaduh. Kepada dialah saya bercerita, meluahkan perasaan, berkongsi masalah dan meraikan kegembiraan. Namun kenapa tiba-tiba dia mengatakan saya ini bebanan pada dia?? Kenapa?? Salahkah sekiranya saya ingin berkongsi masalah bersama dia? Sekiranya tidak pada dia, dengan siapakah harus saya berkongsi masalah saya?
Adakah ini punca-punca kecurangan berlaku?? Pasangan tidak mahu menjadi pendengar setia, maka orang luar mengambil alih tempat?? Tidak. Ini bukan alasan. Walaupun pasangan saya tidak mampu menjadi kawan baik saya, saya masih ada blog untuk meluahkan rasa hati saya. Biarlah saya menjadikan blog ini sebagai kawan baik saya. Tempat saya berkongsi suka dan duka.
jika sy ada masalah yang perlu diluahkan,sy akan cari pendengar setia..mungkin teman rapat.
ReplyDeleteMungkin ada sesetengah perkara yang x mampu saya luahkan pada pasangan saya akan saya luahkan di blog ini... Saya x mampu untuk mempunyai rakan yang betul-betul baik dengan saya.. Mengapa?? sebab saya kurang rasa percaya tambahan pula saya lebih suka untuk menyimpan sahaja..
ReplyDelete